1

1.0 PENGENALAN
Komunikasi ialah sesuatu proses yang membentuk dan berkongsi idea, perasaan dan makna dalam sesuatu ucapan sama ada interaksi bertulis ataupun ucapan awam. Kebiasaannya proses yang melibatkan seseorang individu dan interaksi mereka dengan elemen elemen seperti saluran, bunyi (gangguan), mesej dan maklum balas diterima (Trenholm, 2008). Oleh itu, dalam berkomunikasi dalam masyarakat kita haruslah mengikuti peraturan, norma dan amalan dalam komunikasi untuk mewujudkan hubungan dua hala dengan menduga perasaan dan pemikiran individu yang akan menerima mesej yang kita mahu sampaikan.
Selain itu, komunikasi dalam kehidupan seharian kita amatlah penting kerana ia akan mewujudkan hubungan dua hala antara individu. Oleh itu, meskipun di mana kita berada, pengetahuan dan kepakaran tentang cara untuk berkomunikasi sangat penting untuk menjamin persefahaman antara dua belah pihak. Komunikasi akan terjadi apabila maklumat yang penting boleh dipindahkan daripada diri sendiri kepada orang di sekeliling yang akan menerima maklumat yang mereka hendak sampaikan (John Corner, 1993). Keadaan ini juga memerlukan kedua-dua pihak memahami tentang maklumat yang hendak dikongsi bersama. Namun begitu, kekurangan maklumat dan bahasa yang tidak jelas yang disampaikan oleh individu akan menyebabkan komunikasi tersebut tidak akan berjalan dengan sempurna. Keadaan ini juga, dengan berkomunikasi kita pasti akan mampu memahami diri sendiri serta diri orang lain.
Teori komunikasi ini merupakan kerangka fikiran yang menerangkan fenomena semulajadi atau fenomena sosial tertentu seperti penerangan, penjelasan, penilaian atau ramalan tindakan manusia berdasarkan kaedah saintifik yang berlaku dalam komunikasi. Teori komunikasi juga merupakan hipotesis yang telah terbukti benar yang telah dibuktikan oleh para penyelidik yang mengkajinya.

x

Hi!
I'm Delia!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out